TRIP TENGGIRI 15 SEPTEMBER 2016
Sempena cuti Hari Raya Aidil Aidha 2016, kami tak melepaskan peluang melayan tenggiri di Laut China Selatan pada 15/9/2016. Dari Jeti Kampung Sabak Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan selepas bersarapan dan membeli bekalan nasi dan kueh di kedai kopi berdekatan jeti, kami mula keluar dari kuala Sungai Pengkalan Datu pukul 7.30 pagi. Kami terus ke lubok tenggiri yang pertama iaitu Tukun 050 yang berada kira-kira 45km dari darat. Dengan kekuatan enjin Yamaha 140HP 2 Stroke, kelajuan bot di tetapkan kepada 45km/j (24.3 knot). Sampai ke tukun yang pertama kira-kira dalam sejam lebih.....terus kami berlabuh.....dan pemburuan pun bermula. Kami tidak menunggu lama, sentapan pertama mengena selepas 10 minit...tetapi malang, umpan jingging pertama terlepas dirembat keras oleh sang tenggiri. Namun ianya tidak mematahkan semangat kami. dan hasil nya......
Di tengah kerancakan melayan sang tenggiri....ada pula pemangsa lain yang membahamnya...hasilnya Tekong Pendi dapat separuh sahaja tenggiri...hehehhe...tak apa masih rezeki tu.....
Masuk ke tengahari, amukan tenggiri semakin berkurang.... dan kami layan pula main appolo di unjang KORENGE...main ikan selar, selayang dan ikan2 kecil diunjam. Tidak mengecewakan, hampir setong ikan unjam berjaya dinaikkan...
Sempena cuti Hari Raya Aidil Aidha 2016, kami tak melepaskan peluang melayan tenggiri di Laut China Selatan pada 15/9/2016. Dari Jeti Kampung Sabak Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan selepas bersarapan dan membeli bekalan nasi dan kueh di kedai kopi berdekatan jeti, kami mula keluar dari kuala Sungai Pengkalan Datu pukul 7.30 pagi. Kami terus ke lubok tenggiri yang pertama iaitu Tukun 050 yang berada kira-kira 45km dari darat. Dengan kekuatan enjin Yamaha 140HP 2 Stroke, kelajuan bot di tetapkan kepada 45km/j (24.3 knot). Sampai ke tukun yang pertama kira-kira dalam sejam lebih.....terus kami berlabuh.....dan pemburuan pun bermula. Kami tidak menunggu lama, sentapan pertama mengena selepas 10 minit...tetapi malang, umpan jingging pertama terlepas dirembat keras oleh sang tenggiri. Namun ianya tidak mematahkan semangat kami. dan hasil nya......
Ikan Ebek yang pertama dapat ditewaskan oleh saudara Sedan...
Tenggiri pertama yang dinaikkan
Masuk ke tengahari, amukan tenggiri semakin berkurang.... dan kami layan pula main appolo di unjang KORENGE...main ikan selar, selayang dan ikan2 kecil diunjam. Tidak mengecewakan, hampir setong ikan unjam berjaya dinaikkan...
Sebelah petang, pemburuan tenggiri, ebek, alu alu dan diteruskan sehinggalah ke pukul 5.00 p.m...nampak awan di darat telah gelap,,baik balik ke darat ....
dan inilah hasilnya!!!!
Bro Nasri first time ikut trip belah Sabak. Tak puas hati....mahu turun lagi katanya...baru dia tahu kaedah jigging sebelah sini...hehhehhe...memang berbaloi!!!
TERIMA KASIH
Tekong Pendi, Poksu Shaari, Sedan, Man Jelebu dan Bro Nasri yang sama-sama ikut trip kali ni.....Insyaallah kita turun lagi bersama.






























